photo 00uz052KuOJ.gif

Monday 4 February 2013

Saudara seIslam Kita


Assalamualaikum semua... :) hai...!!!

Di pagi yg indah ni... Terdetik kat hati kecil ina ni utk bercerita skit tentng Gaza..
Ops... Ni mst ada kata pasl perang op.. Jom2 bg derma.. then , lupa...huhu

Aku dan dirimu manusia biase yg mudah lupa dan mudh jgk kesian n ada sifat kasih syg yg tinggi... dn pling penting.. kami benci kekejaman dn kezaliman..!

Wahhhh...!!! indah budi pekerti umat islam op... :) "Islam iTu TerLalu IndaH"

Actually, ina ni x la hebat smpai bnyk tahu pasl gaza.. Tpkan ina pernahla join 1 event yg menyentuh hati ina tentng gaza, palestin... Nak tahu ape?? 
umm... ina diminta tulis sajk n deklamasikannya.. Pengalmn yg amat beharga bg insan  kerdil ni...:) Jom bace sajak ni jap... Hayati taw...;)



              RINTIHAN SAUDARAMU DI BUMI GAZA                            


Alangkah nikmatnya dlm kedamaian
Hidup tanpa ketakutan
Berjelaga langit mereka disana
Lintang pukang rasa kemanusiaan

Keindahan bernafas di fana ini
Hanya berputar dipaksi persengketaan
Dihiasi dengan pelangi kedamaian
 Sejak berzaman

Alangkah indahnya matahari itu
Menyuluh bumi dikala pagi
Bergegas kita merintis masa
Tanpa bimbang hingga ke senja

Andai kita ketawa bukan kosong
Andai kita menangis bukan derita
Tetapi kerana terlalu bahagia 

Namun, ketika kita diulit tiduran yang nyenyak
Dihiburkan dgn hilayan ketawa suka kanak2
Bahagia mereka bersama pelukan ayah dan ibu
Yg begitu mesra, penuh dgn ksh syg

Tetapi keindahan ini,TIDAK dirasai di bumi GAZA..

Ank2 kecil terlepas dari pelukan ibu dan ayah

Menutup mata dgn daging berkecai
Wajah2 berlumuran darah
Diselimutkan kain cadar putih
Dibelit hujung kepala

Tangisan mereka tanpa henti 
Kezaliman itu meratah kerongga isi perut
Dan rongga kepala


YA ALLAH.... 
Mereka meraung kesakitan
Kerana dimamah derita
Saban hari

Wahai saudara semuslimku,
Dimanakah kamu??
Adakah kita generasi alpa??
Adakah kita bongkak dgn saudara sendiri??

Ghairah dek keamanan 
Sanggup biarkan kezaliman merajai
Meratah saudara sendiri

Syukur Alhamdulillah ya ALLAH
Alangkah nikmatnya kedamaian Malaysia
Bersama kita merangkai perpaduan
Riuh kita menjaja wawasan andai

Lalai kita rugilah warisan


Pesanku Bersyukurlah dgn apa yg ada
Dan ingatlah
Mereka  bukan meraih simpati 
Mahupun titisan air matamu

Mereka itu saudara kita
Adakah kita ingin bergoyng kaki dan membutakan mata??

Andai tidk mmpu menjadi pahlawan perkasa
Ikhlaskan hatimu
Titipkanlah serangkai doa buat mereka

Merintih.... Merayu....
Atas nama, saudara seagama...

ALLAHUAKBAR....!!!

Sepatutnya, sajk ni ada muzik latar lain... tp ina x letakla...
Buat renungan bersama... Segembira mana pun kita, ada insan yg bersedih n kesakitan..
Sape?? Mereka tu saudara kita, nun jauh disana...

Moga mereka dibawah lindungan Ya Adil... InsyaALLAH... :)   




No comments:

Post a Comment